All posts by sazrol

Takaful ProEssential

Di Zurich, PERLINDUNGAN keharmonian keluarga dan diri sendiri adalah keutamaan anda. Keutamaan ini amat penting sepanjang umur sehingga umur emas kita. Oleh itu, Takaful ProEssential diperkenalkan, sebuah pelan takaful keluarga yang menawarkan keselamatan kewangan yang komprehensif apabila kematian, Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) dan Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) berlaku. Dengan Takaful ProEssential, berikan jaminan perlindungan yang anda inginkan untuk mereka yang paling berharga: keluarga yang tersayang.

#sazlaa

Apa itu Takaful ? Apa itu Insurans ? Apa Bezanya ? Apa Persamaannya ?

Insurans

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Takaful

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Secara umumnya gambaran keseluruhan perbezaan diterangkan dalam infodiagram berikut.

Apa itu Wasiat ? Apa itu Hibah ? Apa Itu Faraid ?

Hibah, wasiat dan faraid – ketiga-tiganya adalah kaedah yang digunakan dalam Islam untuk mengurus dan merancang pembahagian harta pusaka kepada para waris. ‘Merancang’ bermaksud pemilik harta semasa masih hidup lagi sudahpun mempunyai hasrat dan formula tersendiri bagaimana kaedahnya beliau hendak membahagikan harta pusakanya.

Bagi memastikan harta pusaka tersebut dapat dibahagikan sepertimana kehendak pemiliknya, adalah sangat penting untuk kita cakna dengan sejelas-jelasnya perbezaan antara Hibah, Wasiat atau Faraid dan fungsinya

Wasiat

Wasiat pula ialah pemberian yang berlaku atau diberikan selepas seseorang meninggal dunia.

Hibah

Hibah ialah pemberian sukarela atau hadiah yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan sama ada kepada waris atau bukan waris

Faraid

Faraid ialah ketetapan hukum mengikut perundangan Islam membabitkan pembahagian harta atau pusaka kepada waris berasaskan syarak.