Saya Perunding Takaful

Assalammualaikum…

Dengan kod agen G00418U,  saya merupakan Perunding Takaful bagi Syarikat  Zurich Takaful Malaysia dengan bernaung di bawah agensi GEMILANG EMPIRE Group. Teringin mendapatkan polisi takaful yang memenuhi bajet anda, insya allah saya boleh uruskan.. Syaratnya adalah jangan lupa hubungi saya ya.. 

Perunding takaful adalah seorang yang dilantik oleh mana-mana syarikat takaful untuk menjadi wakil mereka dalam memasar produk takaful. Untuk menjadi perunding takaful yang sah, selain mempunyai kelayakan minima akademik, mereka perlu lulus `Takaful Basic Exam’ melalui IBFIM .

Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) merupakan salah sebuah syarikat Takaful terkemuka di Malaysia. Ia merupakan ahli Zurich Insurance Group (Zurich) dan penyedia tunggal produk Takaful untuk Zurich. Dengan kepakaran pasaran takaful selama ini serta rangkaian penyelesaian produk Takaful Keluarga dan Am yang meluas, ZTMB mampu memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan memberi perkhidmatan kepada lebih 1.1 juta pemegang sijil di seluruh negara. Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai MAA Takaful Berhad. Zurich mempunyai kedudukan unik dalam pasaran insurans di Malaysia di mana ia juga menawarkan pelbagai penyelesaian insurans konvensional merangkumi Insurans Hayat dan Am melalui syarikat sekutu, Zurich Insurance Malaysia Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai Zurich Takaful di Malaysia, layari www.zurich-takaful.com.my.